29 September 2009

Cuti Dan Permasalahan Penggantian

Masalah pasti akan terjadi bila aku perlu bercuti. Pihak pengurusan tiada masalah janji ada orang mengganti tapi itulah pula masalah bila pengganti tiba-tiba menarik diri. Terpaksa aku segera mencari pengganti lain mengganti pengganti. Sebentar tadi semua jadi tapi kini aku tertekan kembali kerana esok aku perlu pergi dan janji dibuat perlu ditepati.

Nasib baik adik seorang rakan yang baru aku kenali sanggup menolong walaupun busy. "OK la. Aku bley ganti hg esk pg k...". Itulah ayat melegakan hati. Amat aku bersyukur dan tenang kembali.

Sesungguhnya sebelum mendapat sesuatu rezeki, kita pasti akan diuji. Bila berjaya selesaikan ujian akan datang satu perasaan. Perasaan itu perlu dirasa sendiri baru rasa puas hati.

0 maklum balas:

Apa maklum balas anda...?