Petang semalam perasaan aku jadi bimbang semacam. Mana tidaknya, Ketua Kapal Utama telefon dan mengatur masa untuk satu perjumpaan dengan aku. Selalunya bila terjadi perkara-perkara seperti ini mesti ada sesuatu perkara atau masalah berkenaan hal-hal pelayaran kapal kecil aku.
Masa ditetapkan dan sepanjang menunggu tibanya masa tersebut, Aku dan orang kanan aku mula membuat pelbagai andaian berkenaan sebab-sebab perjumpaan tersebut dan seterusnya mencetuskan beberapa siri perbezaan pendapat. Perbezaan pendapat tersebut kemudiannya dicampur-adukkan dengan perasaan dan segala kebimbangan
Dalam pukul 8.30 ayah sampai dengan Pajero. Aku dengar dari dalam rumah banyak kali bunyi pintu. Siapakah lagi..? Rupa-rupanya Mak Dah dan Ipah. Saja datang melawat rumah aku dan inilah pertama kalinya selepas hampir setahun lebih aku melayar kapal sendiri, ayah dan keluarga aku datang untuk melawat semata-mata kerana sebelum ini pun ayahku ada datang tapi atas urusan kerja sahaja. Selepas mereka pulang aku tersenyum sendirian lantas isteriku bertanya kenapa. Aku katakan yang aku amat gembira hari ini kerana ayah melawat rumah kita.
0 maklum balas:
Apa maklum balas anda...?