Satu hari berlalu sehari tua usia manusia. Realiti yang selalu di lupa hingga tibalah satu ketika bila satu hari ini tiba dalam hidup setiap manusia di mana inilah hari yang sering dikira-kira. Ada yang menyambut gembira dengan pelbagai genre parti dan mungkin juga hingga kenduri-kendara. Tapi bagi aku bila hari ini tiba tiada apa yang istimewa kerana segala masih belum sempurna. Dua dekad di muka bumi aku rasa diri sendiri sentiasa rugi. Rugi di dunia kurang rezeki, rugi di akhirat selepas mati.
Aku boleh tulis di sini tanpa bimbang akan riak berkenaan segala harta dan status benda kerana hanya sehelai duit seringgit berteman dua syiling sekupang itulah saja yang aku ada. Kadang kala pedih dan perit bila mengenang kembali mengenai apa yang telah terjadi tambahan sekarang aku belayar bukan sendiri.
Dalam duka ada gembira dan di selang perit ada gelak tawa. Bukan susah sepanjang masa dan sentiasa ada rezeki di kurnia walaupun suruhan ada yang terlupa dan aku yakin itulah hulu segala punca.
24 November 2009
Setiap Hari Semakin Tua Tapi Ini Hari Yang Dikira-Kira
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Kehidupan,
Pengalaman,
Perayaan / Satu Sambutan
dan menerima
0 maklum balas:
Apa maklum balas anda...?