01 Oktober 2009
Pemandu Memandu dan Elaun Lebih
Hari ini aku jadi pemandu dan Kuala Lumpur jadi arah tuju. Selalu aku tunggu hari seperti ini kerana aku suka sangat memandu. bukan sekadar dapat memandu kereta tapi pendapatan juga dijana kerana aku bukanlah sekadar memandu percuma. Adalah sedikir bayaran yang aku terima dan sepadan dengan kerja dan sanggup aku bercuti dari kerja hari biasa kerana bayaran memandu lebih lumayan dan ketara bezanya. Bukan itu saja kerana aku juga dapatlah merasa satay kajang percuma dan kadang kala bayaran extra aku terima.
Sememangnya selalu aku kesana dan isteri tercinta juga ikut bersama. Sekadar begini caranya untukku bawa dia merasa, membuka minda, melihat dunia, dan buat dia lebih gembira kerana walau hanya ke tempat sebegini masih tak mampu aku tuju sendiri.
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Pekerjaan,
Pengalaman,
Perjalanan
dan menerima
0
maklum balas
22 September 2009
Selamat Hari Raya
Hari ini ialah Hari Raya Aidilfitri hari yang ketiga. Aku baru berpeluang nak online. Raya kali ini aku beraya di perantauan jauh dari kampung halaman. Aku beraya di kampung isteri. Tidak semeriah seperti di Malaysia tetapi tetap ada istimewanya dan perasaan bahagia. Aku nak bercerita mengenai hari raya aku tahun ini.
Helaian Kertas Dan Kepingan Besi. Memang tak cukup. Tapi, syukur Alhamdullilah aku masih boleh survive dalam kekalutan renangan mengelak mati lemas dihanyut arus persekitaran.
Orang Kanan. Amat memahami dan cukup bersabar dengan keadaan hidup dan kesukaran sekarang. Memang adakalanya terjadi perselisihan tetapi semua itu sesuatu yang normal dalam pelayaran. Hanya melaram baju raya 'tangan dua' pemberian adik yang dia dah tak muat nak pakai, Sekadar berkasut berharga RM20, dan tidak ada apa yang baru seperti orang lain. Sekadar beg tangan pemberian mak dah menjadi penyeri dan membutakan mata orang lain mengenai segala yang lama. Walaupun macam tu dia tetap setia. Bersyukur aku menerima kurniaan begini.
Kapal Orang Kanan. Walaupun tak berada tapi memang sporting dan memahami. Tak banyak memberi tekanan malah memberi bantuan. Segan silu aku bila yang patut menerima kini memberi.
Bahagia. Tetap bahagia walaupun tak senang mana kerana sentiasa ada suka mengimbang duka.
Suasana. Memang berbeza berbanding di Malaysia. Tiada kuih-muih untuk dijamu sekadar ketupat dan tapai untuk tetamu. Semua orang berbaju baru berwarna warni dan boleh dikatakan mahal-mahal berbanding pakaian hari biasa. Kanak-kanak siang malam bermain mercun dan bebas berbelanja duit raya sepuas-puasnya tanpa terlalu banyak kongkongan. Memang ada yang berbeza dan istimewa beraya di sana.
Kereta. Sememangnya terhebat. Masih kuat walaupun belum sembuh dirawat. Sepanjang jalan aku lihat kereta-kereta yang lebih sempurna tersadai rosak tak berguna tapi kereta aku masih steady membawa aku sekeluarga ke destinasi. Kini aku tahu betapa bernilainya sesuatu itu walaupun sekilas mata tiada yang istimewa tapi kilasan semula ternyata nilainya. Tak akan aku jual ini kereta kerana banyak kenangan bersamanya.
Budi. Memang banyak hamba Allah yang sudi membantu ketika aku dalam kesusahan. Big boss tiba-tiba bagi duit raya RM 100 yang tak aku jangka amat memberi lega. Mekanik kereta aku walaupun berat hati tapi tetap 'membuka buku' untuk aku ansurkan kemudian. Kawan yang baru aku kenal pun banyak membantu menghadiahkan baju raya, juadah berbuka, buah kurma, dan macam-macam lagi.
Kesimpulannya, walaupun agak sempit keadaan sekarang tapi semua untuk kebaikan dan kesedaran yang menganjur kepada perubahan. Aku bersyukur kepada Allah yang Maha Pengasih, Penyayang, dan Pemberi.

Perayaan / Satu Sambutan,
Perjalanan,
Rakan-Rakan
dan menerima
0
maklum balas
09 September 2009
Cuti Tanpa Rehat
Awal pagi ini aku bergerak ke utara. Bukan berjalan-jalan bersuka ria tapi atas urusan kerja. Pergi aku memandu ikut jalan lama untuk lebih menjimatkan belanja. Memang letih tenaga tapi itu saja caranya. Bagi aku cuti bukan untuk berehat tapi selalunya atas urusan yang lebih memenatkan dari kerja yang setiap hari aku buat. Walaupun begini keadaannya bersyukur aku lubang tiris masih tiada titis walaupun sekadar di tampung dengan pita nipis.
Orang lain cuti menambah rehat semakin sihat tapi cuti aku menambah penat semakin tenat. Tapi keadaan masih seperti biasa tetap sama. Sebalik satu duka ada satu suka dan setiap suka itu masih mampu mengimbangi setiap duka. Alhamdulillah.