Tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima dan tiadalah dimanfaat pemberian itu jika tiada yang terima dan guna. Ada hari kita menerima dan ada hari kita memberi pula. Cuma bentuk pemberian yang berbeza dan kepada siapa tidaklah dikira.
Permudahkanlah urusan kebaikan orang lain dan InsyaAllah urusan kita juga akan dipermudah. Allah itu Maha Adil dan Maha Mengetahui akan segalanya, yang di dalam hati dan di fikir minda
04 Julai 2012
Dua Dompet dan Tujuh Tas Tangan
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Kehidupan,
Rakan-Rakan
dan menerima
0
maklum balas
16 Mac 2011
Satu Dua Tiga Dan Kemudian Empat Lima
Kini aku mengambil langkah berjaga, hanya mengikut saja mereka, tidak lagi berkata apa, nanti perniagaan entah kemana, hilang kawan pula jadinya. Di sini benarnya kata mereka, yang dikejar (perniagaan) tak dapat juga, yang dikendong pula(kawan-kawan) berciciran merata.
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Kehidupan,
Pengalaman,
Permasalahan,
Perniagaan,
Rakan-Rakan
dan menerima
0
maklum balas
20 Mei 2010
Sedikit Ruang Rehat Untuk Seketika
Hari ini ada perkara yang sedikit berbeza dari hari-hari sebelumnya kerana hari ini hingga petang sahaja aku bekerja kerana pengganti tempat pekerja lama sudah ada. Jadi mulai hari ini hingga tiga hari lagi aku hanya bekerja pada sebelah pagi dan dalam tempoh masa ini bolehlah aku merehatkan diri serta membuat persiapan untuk mula berniaga nanti.
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Pekerjaan,
Rakan-Rakan
dan menerima
0
maklum balas
18 Mei 2010
Bakal Berniaga Dan Terus Bekerja
Dalam aku mencari-cari sumber rezeki tiba-tiba satu jalan Allah S.W.T beri. Aku terima satu tawaran untuk menguruskan satu perniagaan yang akan ditinggalkan oleh seorang rakan kerana dia nekad mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di negeri Kelantan.
Aku kini dalam proses bermula kembali dan segala aktiviti harian selepas ini akan berubah sama sekali. Bakal berniaga di sebelah pagi dan bekerja pula di malam hari. Permulaan yang pasti memenatkan tetapi tidak sekali aku anggap semua ini satu bebanan. Walaupun berniaga di tepi jalan tetapi bagi aku inilah satu langkah permulaan untuk bertapak semula secara kecil-kecilan dan bergerak meninggalkan titik kejatuhan.
Rezeki yang di kurnia aku terima dan bersyukur aku dengan segala pemberian-Nya. Kepada rakan yang akan ke Kelantan pula aku ucapkan selamat berjaya. Mari kita gandakan usaha dan terus mencuba juga berdoa agar pelaburan kita tidak sia-sia.
Aku kini dalam proses bermula kembali dan segala aktiviti harian selepas ini akan berubah sama sekali. Bakal berniaga di sebelah pagi dan bekerja pula di malam hari. Permulaan yang pasti memenatkan tetapi tidak sekali aku anggap semua ini satu bebanan. Walaupun berniaga di tepi jalan tetapi bagi aku inilah satu langkah permulaan untuk bertapak semula secara kecil-kecilan dan bergerak meninggalkan titik kejatuhan.
Rezeki yang di kurnia aku terima dan bersyukur aku dengan segala pemberian-Nya. Kepada rakan yang akan ke Kelantan pula aku ucapkan selamat berjaya. Mari kita gandakan usaha dan terus mencuba juga berdoa agar pelaburan kita tidak sia-sia.
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Kehidupan,
Pekerjaan,
Pengalaman,
Perniagaan,
Rakan-Rakan
dan menerima
0
maklum balas
03 Mac 2010
Satu Perpuluhan Lima Peratus
Ini penglibatan pertama aku dalam urusan sebegini rupa. Pengalaman langsung tiada hanya mengharap bantuan dan tunjuk ajar dari kenalan saja. Baru hendak belajar sedikit sebanyak selok belok dan tatacara. Barang sudah lama tersedia menanti pembeli berminat dan mampu membida. Penjual sudah meletakkan harga dan pihak yang terlibat juga sedang giat menggerak usaha. Aku pula hanya menunggu masa untuk mendengar khabar gembira dan membantu sedikit sebanyak yang aku mampu sedaya upaya.
Walaupun sukar mencari pembida tetapi rezeki dari Allah tiada siapa boleh menduga dan kita sebagai hambaNya hanya perlu terus berusaha dan berdoa mengharap bantuanNya.
Walaupun sukar mencari pembida tetapi rezeki dari Allah tiada siapa boleh menduga dan kita sebagai hambaNya hanya perlu terus berusaha dan berdoa mengharap bantuanNya.
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Pengalaman,
Perniagaan,
Rakan-Rakan
dan menerima
4
maklum balas
29 September 2009
Cuti Dan Permasalahan Penggantian
Masalah pasti akan terjadi bila aku perlu bercuti. Pihak pengurusan tiada masalah janji ada orang mengganti tapi itulah pula masalah bila pengganti tiba-tiba menarik diri. Terpaksa aku segera mencari pengganti lain mengganti pengganti. Sebentar tadi semua jadi tapi kini aku tertekan kembali kerana esok aku perlu pergi dan janji dibuat perlu ditepati.
Nasib baik adik seorang rakan yang baru aku kenali sanggup menolong walaupun busy. "OK la. Aku bley ganti hg esk pg k...". Itulah ayat melegakan hati. Amat aku bersyukur dan tenang kembali.
Sesungguhnya sebelum mendapat sesuatu rezeki, kita pasti akan diuji. Bila berjaya selesaikan ujian akan datang satu perasaan. Perasaan itu perlu dirasa sendiri baru rasa puas hati.
Nasib baik adik seorang rakan yang baru aku kenali sanggup menolong walaupun busy. "OK la. Aku bley ganti hg esk pg k...". Itulah ayat melegakan hati. Amat aku bersyukur dan tenang kembali.
Sesungguhnya sebelum mendapat sesuatu rezeki, kita pasti akan diuji. Bila berjaya selesaikan ujian akan datang satu perasaan. Perasaan itu perlu dirasa sendiri baru rasa puas hati.
Artikel ini telah ditulis oleh
Kapten Kapal.
Berkenaan dengan
Pengalaman,
Permasalahan,
Rakan-Rakan
dan menerima
0
maklum balas
22 September 2009
Selamat Hari Raya
Hari ini ialah Hari Raya Aidilfitri hari yang ketiga. Aku baru berpeluang nak online. Raya kali ini aku beraya di perantauan jauh dari kampung halaman. Aku beraya di kampung isteri. Tidak semeriah seperti di Malaysia tetapi tetap ada istimewanya dan perasaan bahagia. Aku nak bercerita mengenai hari raya aku tahun ini.
Helaian Kertas Dan Kepingan Besi. Memang tak cukup. Tapi, syukur Alhamdullilah aku masih boleh survive dalam kekalutan renangan mengelak mati lemas dihanyut arus persekitaran.
Orang Kanan. Amat memahami dan cukup bersabar dengan keadaan hidup dan kesukaran sekarang. Memang adakalanya terjadi perselisihan tetapi semua itu sesuatu yang normal dalam pelayaran. Hanya melaram baju raya 'tangan dua' pemberian adik yang dia dah tak muat nak pakai, Sekadar berkasut berharga RM20, dan tidak ada apa yang baru seperti orang lain. Sekadar beg tangan pemberian mak dah menjadi penyeri dan membutakan mata orang lain mengenai segala yang lama. Walaupun macam tu dia tetap setia. Bersyukur aku menerima kurniaan begini.
Kapal Orang Kanan. Walaupun tak berada tapi memang sporting dan memahami. Tak banyak memberi tekanan malah memberi bantuan. Segan silu aku bila yang patut menerima kini memberi.
Bahagia. Tetap bahagia walaupun tak senang mana kerana sentiasa ada suka mengimbang duka.
Suasana. Memang berbeza berbanding di Malaysia. Tiada kuih-muih untuk dijamu sekadar ketupat dan tapai untuk tetamu. Semua orang berbaju baru berwarna warni dan boleh dikatakan mahal-mahal berbanding pakaian hari biasa. Kanak-kanak siang malam bermain mercun dan bebas berbelanja duit raya sepuas-puasnya tanpa terlalu banyak kongkongan. Memang ada yang berbeza dan istimewa beraya di sana.
Kereta. Sememangnya terhebat. Masih kuat walaupun belum sembuh dirawat. Sepanjang jalan aku lihat kereta-kereta yang lebih sempurna tersadai rosak tak berguna tapi kereta aku masih steady membawa aku sekeluarga ke destinasi. Kini aku tahu betapa bernilainya sesuatu itu walaupun sekilas mata tiada yang istimewa tapi kilasan semula ternyata nilainya. Tak akan aku jual ini kereta kerana banyak kenangan bersamanya.
Budi. Memang banyak hamba Allah yang sudi membantu ketika aku dalam kesusahan. Big boss tiba-tiba bagi duit raya RM 100 yang tak aku jangka amat memberi lega. Mekanik kereta aku walaupun berat hati tapi tetap 'membuka buku' untuk aku ansurkan kemudian. Kawan yang baru aku kenal pun banyak membantu menghadiahkan baju raya, juadah berbuka, buah kurma, dan macam-macam lagi.
Kesimpulannya, walaupun agak sempit keadaan sekarang tapi semua untuk kebaikan dan kesedaran yang menganjur kepada perubahan. Aku bersyukur kepada Allah yang Maha Pengasih, Penyayang, dan Pemberi.

Perayaan / Satu Sambutan,
Perjalanan,
Rakan-Rakan
dan menerima
0
maklum balas
24 Ogos 2009
Berjimat berbuka puasa
Pendapatan dari kerja aku sekarang masih belum mencukupi untuk menampung keperluan seharian. Jauh sekali untuk dijadikan simpanan. Tapi aku bersyukur dengan apa yang diberi dan ada manusia lain yang susah lebih lagi.
Bulan Ramadhan ini memang memudahkan aku merancang hari. Begitu juga dengan belanjawan dan juga apa yang perlu dibeli. Cuba aku berjimat sebanyak mana yang aku boleh sepanjang bulan ini.
Ramadhan kali ini juga banyak yang pertama bagi diri aku. Paling ketara dan langsung aku tak jangka bila masih berada di pasar ramadhan ketika masuk waktu berbuka. Bukan kerana pulang terlewat tapi kerana mahu berjimat. Seorang kenalan memberi bantuan dengan menyedia juadah berbuka. Kadang kala separuh harga dan ada kala percuma. Sebagai balasan akan apa yang diterima aku membantu pula mengemas gerai niaga. Bersyukur aku dia ada dapat membantu menjimat belanja.
Yakin aku semua dirangka olehNya untuk diri aku merasa segala rasa suka dan duka. Menyedarkan aku supaya bersyukur dengan apa yang aku ada.